Zahirkan simpati anda kepada nasib rakyat Palestin dengan menyertai ibadah korban dan menyumbang daging korban anda kepada mereka. Ayuh laksanakan tanggungjawab anda dengan menekan butang di bawah.
Nak bersedekah tak semestinya tunggu hingga cukup duit. Dengan hanya RM40 anda masih boleh menyumbang pek makanan retort kepada rakyat Palestin dan dapat pahala jihad Palestin. Sila tekan butang di bawah untuk menyumbang pek makanan retort untuk rakyat Palestin.
Ibadah Korban dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha dan 3 hari Tashriq
Daging korban yang telah disembelih akan dimasak oleh chef dari Palestin untuk menu yang bersesuaian dengan rakyat Palestin
Makanan yang telah dimasak akan diretort dan dipek dengan sempurna supaya tahan dalam pelbagai cuaca selama 2 tahun
Pek-pek akan dihantar ke Palestin dengan usahasama Ops Ihsan dan Wisma Putra dan dibantu oleh Kerajaan Mesir secara berperingkat dari 8 ke 10 bulan
Bantuan 1 juta pek untuk manfaat 1 juta rakyat Palestin dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM20 Juta. Yang terbesar setakat ini
Bantuan 1 juta pek daging korban ini dijangka sampai kepada rakyat Palestine secara berperingkat melalui Ops Ihsan dengan pemantauan pihak Wisma Putra
Dengan bantuan 1 juta pek ini, rakyat Palestin dapat merasai nikmat daging korban yang berkualiti untuk mengimbangi penderitaan yang sedang mereka alami
Anda akan memperoleh Pahala Jihad Palestin di samping Pahala Ibadah Korban
Daging korban yang anda sumbang akan dimasak dan di retort untuk dihantar ke bumi Palestin
Operasi Ops Ihsan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk misi penghantaran bantuan ke Palestine
Untuk makluman bakal peserta korban yang dihormati kami tidak melakukan proses penyembelihan haiwan korban di Palestine atas sebab kekangan harga dan keselamatan.
Namun haiwan-haiwan korban akan di sembelih di 3 negara iaitu Malaysia, Chad dan Nigeria. Sebahagian dari daging korban tersebut akan dimasak, diretort dan dihantar ke palestin secara berperingkat. Manakala sebahagian besar lagi daging korban akan diagihkan di kalangan asnaf dan fakir miskin di negara-negara terbabit.
Kita tidak boleh mengangkat senjata untuk berjihad, kita juga tidak mampu menyalurkan wang ringgit, tapi kita boleh dan mampu menyumbangkan daging korban kepada mereka.
Program ini dinaungi oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah dengan kerjasama erat Yayasan Budi Ihsan Malaysia, Wisma Putra dan Kedutaan Palestin di Malaysia.